loading...

Johnny Depp ‘Bantu’ Angelina Jolie Uruskan Penceraian

 

 

Aktor popular Hollywood, Johnny Depp yang juga merupakan teman rapat kepada Angelina Jolie banyak membantu aktres itu, termasuk memperkenalkan khidmat peguam, Laura Wasser bagi membantu kes penceraiannya.

 

Menurut laporan The Sun, Jolie, 41, mengupah peguam yang sama menyelesaikan kes penceraian antara Depp, 53 dan Amber Heard,30, bulan lalu.

 

Sebelum ini, Jolie dikatakan banyak menasihati Depp berkaitan hubungannya dengan bekas isterinya Heard yang mendakwa aktor itu bertindak ganas terhadapnya.

 

Dalam perkembangan lain, Jolie kini didakwa menenangkan diri di sebuah rumahnya di Malibu, California bersama enam anaknya dari paparazzi.

 

Jolie meninggalkan rumah supaya Pitt mempunyai ruang sendiri selepas penceraian mereka.

 

 

Bagaimanapun, media melaporkan Jolie tidak berseorangan selain keluarga, teman-teman lain yang setia terus menyokongnya, termasuk Depp.

 

 

 

Jolie yang memfailkan perceraian daripada Pitt pada 19 September lalu, selepas dua tahun perkahwinan dan membawa enam anak-anak tinggal bersamanya.

 

 

 

Dalam perkembangan lain, teman-teman (Jolie, Depp) cuba merapatkan hubungan mereka daripada teman baik kepada hubungan cinta.

 

Sebelum ini, kedua mereka saling mengagumi hasil kerja masing-masing sebelum mereka dipertemukan dalam filem The Tourist.

 

Keduanya menjadi rapat selepas berlakon bersama menerusi filem itu, beberapa tahun lalu.-SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...