loading...

Elly Mazlein Redha Besarkan Anak Seorang Diri

Mengakui dia sudah biasa hidup sendiri selepas diceraikan Oktober lalu, penyanyi Elly Mazlein menyatakan bahawa dia sedikit pun tidak sedih dan kecewa apabila bekas suaminya tidak pernah melawat anak mereka, Puti Sara Sefhia sejak dilahirkan.

BACA: Elly Mazlein Sindir Bekas Suami Di Instagram?

“Mahkamah juga sudah memberi hak lawatan kepadanya, kalau dia tak datang itu bukan urusan saya. Kali terakhir dia berjumpa anak ketika mengiqomatkan Putri Sara sewaktu dilahirkan. Dalam masa sama dia turut mendapat hak lawatan seminggu sekali”

“Namun, apabila dia tidak berbuat sedemikian, saya tak ada masalah. Bagi saya dia datang atau tak, itu bukan urusan saya. Ini kerana dia sendiri sudah maklum tanggungjawab yang perlu dilakukan”

“Apabila dia gagal melaksanakan perkara itu, dia yang rugi dan bukan saya. Bukan itu saja, dia juga tidak pernah menghubungi atau menghantar mesej bertanyakan anak,” luahnya kepada Harian Metro.

Tambah Elly, dia mahu berikan yang terbaik buat anaknya dan kini berdikari dalam membesarkan cahaya matanya itu. Sementara itu, perbicaraan tentang nafkah anaknya itu akan diadakan pada 12 Oktober nanti. (rtky/s)

7-elly-mazlein-redha-besarkan-anak-seorang-diri-rotikaya 6-elly-mazlein-redha-besarkan-anak-seorang-diri-rotikaya 5-elly-mazlein-redha-besarkan-anak-seorang-diri-rotikaya 3-elly-mazlein-redha-besarkan-anak-seorang-diri-rotikaya 2-elly-mazlein-redha-besarkan-anak-seorang-diri-rotikaya 1-elly-mazlein-redha-besarkan-anak-seorang-diri-rotikaya

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...