loading...

Kerajaan Digesa Tamat Kontrak Syarikat Terlibat Himpunan Bersih

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat yang mempunyai kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan tetapi terlibat secara langsung dalam perhimpunan Bersih patut diberhentikan kontrak mereka serta-merta.

 

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, pihaknya mempunyai banyak bukti bahawa syarikat-syarikat yang mengambil kontrak dengan Kerajaan Persekutuan terlibat secara langsung dalam Bersih yang lepas.

 

“Ini bukan isu hak peribadi, ini isu mempertahankan sistem demokrasi bagi menjaga hak majoriti rakyat yang sudah memilih kerajaan secara sah.

 

“Jika mereka merasakan mereka ada hak untuk berdemonstrasi, maka kerajaan persekutuan juga ada hak untuk memastikan gerakan menjatuhkan kerajaan ini tidak dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Semalam, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan akan melepaskan peserta konvoi Bersih 5 yang akan berkonvoi dari Kota Baru pada 1 Oktober ini.

 

Tambah Mohd. Razlan, pihaknya akan menggerakkan rangkaian anak muda bandar media sosial di dalam Pemuda Wilayah bagi mengumpul data mereka yang terlibat dalam perhimpunan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan.

 

“Setiap kita ada peranan untuk menjaga keamanan negara, syarikat-syarikat ini yang mewah dan menikmati limpahan keuntungan daripada kestabilan negara di bawah Kerajaan Persekutuan perlu diberi amaran agar sama-sama menjaga kepentingan negara.

 

“Kerajaan Persekutuan tidak perlu lagi berlembut dengan mereka yang terang-terangan mahu menjatuhkan tampuk kepemimpinan. Sekiranya mereka bersedia untuk turun untuk berdemonstrasi, maka mereka juga patut bersedia sekiranya kontrak syarikat mereka ditamatkan,” katanya. – Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...