SHAH ALAM – Setiasausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendesak agar Suruhanjaya Pilihanraya memperbaiki sistem pendaftaran pengundi baharu.
Hal ini demikian kerana, beliau mendakwa menerima aduan yang banyak mengenai ketidakcekapan sistem pendaftaran SPR yang nyata mengecewakan orang ramai.
“Sejak Isnin lalu, Invoke (Sukarelawan Keadilan) menerima banyak aduan mengenai dua kelemahan. Pertama adalah borang SPR tidak ada ada di pejabat-pejabat pos Malaysia dengan alasan borang sudah kehabisan.
“Ada kes yang mana orang ramai terpaksa berulang ke pejabat Pos Malaysia tiga hari sebelum borang ada kembali. Masalah kedua ialah sistem atas talian (online) SPR yang selalu tergendala menyebabkan proses mendaftar undi tidak dapat dibuat,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Tambah beliau lagi, pihak SPR perlu mengusahakansistem baharu yang membolehkan pemohon mendaftar secara onli bagi menangani isu kapasiti permohonan besar.
“Ini ambil kira sistem manual mengikut borang di pejabat pos yang ada sekarang tidak cekap dan mengecewakan.
“Sistem online akan memastikan pendaftar mendapat pengesahan serta merta tanpa menunggu enam bulan seperti sekarang,” katanya.
Dalam pada itu Rafizi mendakwa, seramai 483 pengundi baharu telah mendaftar hasil dari inisiatif program #UntungDaftar yang dikendalikan Invoke, sejak Isnin lalu.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW