loading...

‘Gam’ Saja Artis Terlibat Isu Moral Kata SAMM

 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) gesa kerajaan ‘gam’ artis yang terlibat dengan jenayah dan isu moral.

 

 

Penyelarasnya, Faisal Zainal berkata, pihaknya membangkitkan beberapa isu, termasuk penahan seorang artis lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes menanam pokok ganja serta memiliki senjata di Kuala Lumpur, sebelum ini.

 

 

“Sama ada seorang selebriti itu terlibat dengan masalah moral atau jenayah ia tidak sepatutnya berlaku kerana mereka dianggap sebagai ikon oleh anak muda yang meminati karya seni selebriti berkenaan.

 

 

“Secara tidak langsung segala tindak tanduk selebriti kegemaran mereka pasti menjadi ikutan anak muda masa kini,” katanya memetik sebuah portal.

 

 

SAMM mengingatkan bahawa pada 80-an, menteri penerangan ketika itu Tan Sri Mohamed Rahmat atau lebih dikenali sebagai Tok Mat pernah menggam artis popular yang dilihatnya bermasalah.

 

 

“Kini kelihatan Kementerian Penerangan terlalu bertolak ansur dengan selebriti yang ada masalah moral dan pernah terlibat dengan kes jenayah.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...