loading...

Pelajar Hilang Di Perancis Disahkan Wisma Putra

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri menerima laporan rasmi mengenai kes pelajar Malaysia, Cik Nur Shakinah Naim, yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Perancis.

 

 

Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam di Kedutaan Besar Malaysia Perancis mengesahkan bahawa Nur Shakinah Naim, 19 tahun, merupakan pelajar kejuruteraan di Universitaire de Technologie (IUT), Rouen, Normandy adalah pelajar tajaan JPA.

 

 

Pelajar ini hilang dari kediamannya sewaktu tengahari pada 25 September 2016, dan ini telah dilaporkan oleh rakan serumahnya kepada pejabat kedutaan Malaysia pada malam yang sama, petik Bernama.

 

 

Sebaik sahaja menerima laporan kehilangan tersebut, wakil kedutaan telah bertolak ke Rouen bagi menyelaras perkara ini dan melaporkan kes kepada pihak berkuasa tempatan.

 

 

Ini telah dilakukan pada hari yang sama, dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan Cik Nur Shakinah Naim dengan bantuan agensi tempatan.

 

 

Kedutaan Besar Malaysia di Paris berhubung rapat dengan pihak berkuasa Rouen dan akan memaklumkan mengenai perkembangan kes ini sewajarnya.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...