Nampaknya kali ini tiba giliran Elizabeth Tan bersedih kerana lagunya, Tabah, tidak mendapat perhatian dan juga jarang dimainkan di radio. Bagaimanapun Elizabeth atau mesra dengan panggilan Lizzy mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran.
BACA: Elizabeth Tan Idam Mahu Sertai Ratu Cantik
“Mula-mula mungkin kecewa, tapi sekarang macam tidak kisah sangat sebab sibuk dengan banyak benda. Jadi saya tidak fikir sangat pasal Tabah. Untuk Tabah, kalau radio tidak mahu mainkan saya tidak boleh buat apa, sebab saya tidak boleh paksa untuk mainkan lagu itu, saya ambil ia sebagai satu eksperimen,” katanya.
“Sekarang saya tahu kalau lagu terlalu ‘urban’, radio tidak mainkan. Saya ambil pengalaman belajar,” katanya kepada Malay Mail Online. Sebelum ini, lagu Knock Knock dan Setia mendapat perhatian peminat.
Namun dalam kesedihan itu, Lizzy juga bersyukur kerana sokongan peminat sangatlah hebat kerana tontonan lagu tersebut di Youtube hampir mencapai 2 juta. Malah hatinya turut terubat dengan komen positif di laman tersebut.
“Saya tidak jangkakan sampai tontonan sudah hampir 2 juta di YouTube,” kata Elizabeth, seorang anak didik penyanyi dan komposer Faizal Tahir. [Jumlah] itu lebih daripada yang saya jangkakan sebab radio pun tidak mainkan sangat lagu ini”
“Tengok tontonan dan komen di YouTube, saya rasa peminat setia yang mengikuti dari dulu, mereka suka lagu itu. Untuk saya, ia sudah cukuplah,” luahnya. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW