loading...

Wan Azizah Elak Jawab Isu PKR Minta Kerusi DAP Di Pulau Pinang

SHAH ALAM – PKR mengelak untuk menjawab soalan media berhubung dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mendedahkan parti itu meminta dua kerusi daripada DAP untuk melangsungkan pilihan raya mengejut negeri itu.

 

Tetapi permintaan itu ditolak dan DAP terpaksa melupakan hasrat tersebut.

 

Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui di lobi DUN Selangor tidak menafikan atau mengiyakan kenyataan yang dibuat Guan Eng semalam.

 

“Apa (yang PKR) minta?.

 

“Sebenarnya (isu pilihan raya mengejut) benda ini sudah selesai. Kami akan teruskan sahaja seperti biasa. Saya faham apa yang telah Ketua Menteri (Guan Eng) lakukan dan buat keputusan sedemikian untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang.

 

“Perhubungan dalam Pakatan Harapan jadi saya hargai (langkah pembatalan PRN) dan kami akan lihat di masa akan datang, yang penting masalah ini sudah selesai,” katanya kepada media di lobi DUN Selangor hari ini.

 

Semalam Guan Eng dilaporkan media tempatan berkata PKR Pulau Pinang mencadang agar DAP melepaskan ‘satu atau dua’ kerusi kepada parti itu.

 

Permintaan itu mungkin reaksi kepada kebimbangan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebelum ini, bahawa pembangkang berisiko kehilangan kerusi jika pilihan raya negeri diadakan di Pulau Pinang.

 

Ditanya samada hubungan DAP dan PKR akan terjejas disebabkan perkara ini, Wan Azizah menafikannya.

 

“Tidak. Ini menunjukkan kita ada pendirian tetap yang mantap dan mengambilkira antara parti-parti yang bersama,” katanya lagi.

 

Guan Eng semalam di Georgetown berkata DAP tidak akan meneruskan cadangan mereka untuk membubarkan DUN negeri itu dan mengadakan pilihan raya mengejut.

 

Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan cadangan itu tidak mendapat sokongan rakan mereka, PKR yang bimbang kehilangan lebih banyak kerusi daripada DAP.  – AntaraPos



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...