KUALA LUMPUR – Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berharap Malaysia menjadi rakan dagang ketiga terbesar negara itu pada masa depan.
Katanya, ketika ini Malaysia menjadi rakan dagang ke-10 terbesar negara itu. “Ukraine juga boleh menjadi pintu masuk pelbagai produk Malaysia untuk pasaran Eropah.
“Bagaimanapun, produk berkenaan hendaklah berkualiti tinggi dan berdaya asing di pasaran Eropah,” katanya ketika berucap pada Forum Perniagaan Malaysia-Ukraine di Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Makanan dan Dasar Pertanian Ukraine, Taras Kutoviy; dan Timbalan Menteri Pertama Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan Ukraine, Yulia Kovaliv.
Poroshenko turut mempelawa pelabur Malaysia menanam modal dalam pelbagai sektor di negaranya termasuk pertanian, pengangkutan, aeroangkasa dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).-BH
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW