loading...

Pemilik Rumah Saman Pencipta Pokemon Go

NEW YORK – Bosan dengan tindakan pemain Pokemon Go yang kerap menceroboh kawasan rumahnya untuk menangkap karektor itu, seorang lelaki Amerika Syarikat memfailkan saman terhadap pencipta permainan popular itu.

 

 

Jeffrey Marder, dari West Orange, New Jersey, mendakwa dalam saman bahawa pencipta Pokemon Go mengaut keuntungan dengan menggalakkan jutaan pemain bermain di atau kawasan berdekatan hartanah persendirian tanpa keizinan pemilik.

 

 

Saman difailkan di Mahkamah Persekutuan di California meminta pampasan atau ganti rugi kewangan berhubung penggunaan lokasi sebenar permainan itu, Pokestops dan Pokegyms, yang menyaksikan pemain akan berkumpul untuk bermain permainan maya itu.

 

 

Pokemon Go dilancarkan 6 Julai lalu dan dalam masa beberapa hari menjadi permainan telefon bimbit paling banyak dimuat turun.

 

 

Menggunakan kamera dan GPS telefon bimbit, permainan itu menggalakkan pemain berjalan di dunia sebenar mencari karektor khayalan itu.

 

 

Dalam samannya, Marder berkata dalam minggu pertama permainan itu dilancarkan, “orang luar mula berlegar di luar rumahnya dengan telefon di tangan”.

 

 

Sekurang-kurangnya lima pemain mengetuk pintu meminta kebenaran mencari Pokemon di halaman belakang rumah Marder.

 

 

Marder berkata, karektor itu diletakkan di rumahnya di West Orange oleh pencipta permainan tanpa kebenarannya. – Agensi



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...