loading...

Prosiding Mahkamah India Tidak Beri Kesan Kepada Maxis, Astro

KUALA LUMPUR – Prosiding mahkamah di India yang melibatkan Maxis Communications Bhd tidak melibatkan syarikat tersenarai, kata Maxis Bhd.

 

 

Maxis dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata prosiding itu tidak akan memberi kesan kepada operasi Maxis memandangkan Maxis Communications merupakan entiti yang berasingan serta memiliki perundangan yang berbeza.

 

 

Pada rehat tengah hari, harga saham Maxis di Bursa Malaysia meningkat satu sen kepada RM6.10 dengan 129,600 saham bertukar tangan.

 

 

Sementara itu, Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) juga menjelaskan bahawa Astro All Asia Networks plc, yang sedang disiasat oleh Biro Siasatan Pusat India, tidak mempunyai kaitan dengan syarikat tesebut.

 

 

“Lembaga Pengarah ingin menjelaskan bahawa entiti yang disebut dalam laporan media adalah sebuah entiti yang memiliki perundangan yang berasingan, ia bukan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Astro.

 

 

“Perkara itu tidak melibatkan, atau memberi kesan ke atas AMH, entiti yang tersenarai dalam Bursa Malaysia Securities,” katanya.

 

 

Kaunter AMH yang ditutup pada sesi pagi menyaksikan penurunan sebanyak dua sen kepada RM2.95 dengan 118,800 saham diniagakan.-Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...