loading...

Muhyiddin Bakal Mohon Daftar Parti Baharu

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal membuat permohonan daftar parti politik baharu dalam masa terdekat.

 

 

Menerusi catatan dalam Faceboknya, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, ia adalah hasil perbincangan yang diadakan di kediaman bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.

 

 
“Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baharu ini kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan dalam masa terdekat,” katanya.

 

 
Muhyiddin memuat naik tiga keping gambar perbincangan agenda parti baharu tersebut yang dianggotai Tun Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir serta beberapa yang lain.

 

 
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi statusnya di laman mikro Twitternya berkata, setakat ini RoS (Pendaftar Pertubuhan) masih belum menerima sebarang permohonan pendaftaran daripada parti politik baharu. -SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...