KUALA LUMPUR – PAS mengesahkan pemimpin dan anggota parti itu tidak akan menyertai Himpunan #TangkapMO1 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara hari ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan mengesahkan perkara itu kepada Sinar Online semalam.
“Tidak,” jawab Nasrudin ringkas dipetik dari laporan portal berita itu.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mahfodz Mohamed dalam kenyataan kepada portal FMT mengesahkan parti itu tidak memberi sebarang arahan untuk turun menyertai demonstrasi tersebut.
“Yang saya tahu tidak ada apa-apa arahan daripada PAS untuk menyertai demonstrasi #TangkapMO1.
“Esok kita ada program sendiri,” katanya.
Demonstrasi Bersih 4 pada tahun lalu dan himpunan anti GST April lepas juga tidak disertai PAS menyaksikan kehadiran peserta Melayu turun mendadak berbanding beberapa himpunan jalanan sebelumnya. – SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW