loading...

Dakwa MB Selangor Salah Guna Kuasa, PKR Akhirnya Pecat Chegubard

KUALA LUMPUR – Belum sempat buat laporan SPRM berkaitan isu status tanah Paya Wetland. Ayam sabung PKR yang juga bekas pemimpin pusat parti itu, Badrul Hisham Shaharin dipecat daripada PKR pagi Jumaat.

 

Beliau yang akhir-akhir ini membuat berbagai pendedahan dakwaan salahguna kuasa oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR menerima surat pemecatan jam 10 pagi semalam.

 

Surat pemecatan yang bertarikh 26 Ogos, ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, mengesahkan pemecatan Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard atas kesalahan menjejaskan imej dan memecahbelahkan parti dan seterusnya ingkar dengan arahan parti.

 

Menurut surat pemecatan, Chegubard dipecat selepas meneliti bukti dan laporan yang diserahkan kepada Lembaga Disiplin dan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin bertarikh 4 Ogos 2016, yang telah membuat keputusan untuk memecat beliau daripada menjadi anggota parti sejajar dengan peruntukan dibawah Fasal 41.7 Perlembagaan parti.

 

Beliau turut diingatkan bahawa tidak benarkan menjalankan atau membuat apa-apa aktiviti atas nama parti atau membuat apa-apa kenyataan menggunakan nama parti.

 

Bagaimanapun, Chegubard yang juga pengasas pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk pertimbangan.

 

Dalam satu tindakan balas, Chegubard mengkritik keputusan pusat pimpinan yang memecatnya.

 

“Kena ingat saya duduk dalam kelambu bukan sekadar ruang tamu PKR… Dapat email pagi ini setelah semalam menolak pujukan terakhir… 3 petang ini SPRM Putrajaya,” katanya dalam posting terbaharu di Facebook.

 

Untuk rekod, Chegubard tidak pernah sehaluan dengan Azmin, dimana pernah mendakwa timbalan presiden itu menggunakan nama partinya untuk kepentingan peribadi.

 

Terkini, Chegubard mendedahkan bahawa Azmin menyalahguna kuasa dalam isu penukaran status sebidang tanah di Paya Indah Wetlands.

 

Beliau juga akan menyerahkan segala bukti berkenaan isu tanah tersebut kepada SPRM, 3 petang Jumaat di PutraJaya. – Agendadaily



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...