loading...

Mahathir Tiada Hak Campuri Urusan Johor – Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR ― Sultan Johor mengingatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak mencampuri urusan negeri itu termasuk konsep “Bangsa Johor.”

 

Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar menempelak Dr Mahathir yang sering berselisih dengan pemimpin-pemimpin negara lain, termasuk Singapura, semasa berkuasa tetapi semalam bercakap soal kesatuan bangsa.

 

“Beliau bertelagah dengan ramai pemimpin dunia termasuk negara jiran kita Singapura dan meletakkan Malaysia dalam keadaan sukar.

 

“Sekarang beliau bercakap tentang perpaduan dengan muka selamba. Tun Mahathirlah punca masalah negara pada masa ini.

 

“Beliau tiada hak mencampuri urusan negari saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan kerenahnya,” titah baginda seperti dilaporkan The Star.

 

Baginda juga bertitah kepada Dr Mahathir, sebagai penasihat parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia, agar berdiam diri.

 

“Beliau pergi ke merata tempat memecahbelahkan rakyat termasuk Melayu, sementara saya menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa termasuk Melayu,” Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah. – MalayMail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...