KUALA LUMPUR – Satu waran tangkap telah dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan India (CBI)ke atas dua orang warga Malaysia dan dua syarikat Malaysia ekoran daripada kes pengubahan wang haram antara Aircel dan Maxis yang melibatkan Menteri Komunikasi India, Dayanidhi Maran dan Kalanithi.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh New Indian Presss, individu dari Malaysia yang terbabit adalah taikun komunikasi Ananda Krishnan dan Augustus Ralph Marshall.
Turut dituduh dalam kes ini ialah empat syarikatiaitu Sun Direct TV Pvt Ltd (SDTPL), Maxis Communication Berhad, South Asia Entertainment holding Ltd dan Astro All Asia NEtwork.
Dalam pada itu, satu saman telah dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA) untuk memeriksa Ananda Krishnan pada 25 Mei lalu dan pada hari berikutnya satu lagi saman dikeluarkan terhadap Ralph Marshall.
Sementara itu,keluarga Maran mendakwa kes tersebut bukan sebahagian daripada pektrum penipuan komunikasi dan skandal politik (2G) dan tidak boleh didengari oleh hakim untuk mengendali kes-kes 2G secara eksklusif.
Mahkamah memerintahkan sebutan kes dilanjutkn pada 27 Ogos ini.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW