loading...

Elizabeth Wong Hanya Mahu Pertahan Azmin Ali, Kata CheguBard

KUALA LUMPUR – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin hari ini mendakwa penafian yang dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong berkenaan penukaran Lot 68504 Mukim Tanjong Dua Belas tidak kukuh.

 

Jelasnya ini kerana Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor tidak menjawab soalan dengan tepat berserta bukti.

 

Selain tidak menyangka pendedahan yang dibuat semalam berserta dokumen yang terperinci, Chegubard turut berkata bahawa Elizabeth hanya mempertahankan Menteri Besar Mohamed Azmin  Ali dalam penipuan ini.

 

“Kegagalan menulis tarikh dalam kenyataan media itu sendiri menggambarkan dia tergesa – gesa dan panik, bagaimana Exco yang punya pejabat dan kakitangan yang lengkap boleh melakukan kesilapan sebegitu kerana tergesa – gesa dan panik.

 

“Kemungkinan Kerajaan Negeri tidak sangka kami mampu memiliki dokumen bagi membuktikan pendakwaan awal kami dan membuktikan penafian palsu mereka sebagai tipu.

 

“Elizabeth tidak perlu menunjukkan ketidak cerdikan beliau bila hanya untuk ‘cover boss’ soalan lain ditanya lain dijawab.”

 

“Sejak dari kenyataan media saya yang pertama dalam isu ini bertarikh 26 Julai 2016 saya menyebut dengan jelas lot 68504. ”

 

“Malah tajuk kenyataan media saya sendiri tertera dengan jelas “PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

 

Chegubard terdahulu mendedahkan minit mesyuarat yang membuktikan Lot 68504 berstatus Payah Indah Wetland dan ditukarkan untuk pembangunan.

 

Malah beliau semalam turut mendedahkan dokumen yang menunjukkan minit mesyuarat pada 2014 semasa kepimpinan Abdul Khalid Ibrahim yang menunjukkan wujudnya permohonan penukaran lot tersebut.

 

Namun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN menolak permohonan itu. Walaubagaimanapun MMKN di bawah pentadbiran Azmin pula meluluskan permohonan tersebut pada April yang lalu.

 

“… Jelas MMKN di bawah Azmin Ali luluskan pertukaran status 2015 sebaik sahaja memegang jawatan dan pertukaran geran telah dibuat April 2016.

 

“Malah menurut dokumen yang bocor dari pejabat Exco Kerajaan Negeri sendiri menyatakan perlengkungan semula (re-zone) telah dibuat walaupun tidak mendapat sokongan semua jabatan. Direkodkan antara Jabatan yang membantah ialah Jabatan Alam Sekitar,” ujar beliau.

 

Elizabeth kemudiannya menafikan lot tanah yang didakwa Chegubard dalam beberapa siri pendedahannya digazetkan sebagai Payah Indah Wetlands.

 

“Tidak menyebut tentang Lot 68504, beliau sebaliknya berkata bahawa hanya dua lot sahaja yang digazetkan diwartakan oleh Jabatan Perhilitan Pusat sejak 1998 iaitu Lot 4827 dan Lot 3974.” – BeritaDaily



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...