loading...

Jarum Berusia 50,000 Tahun

LONDON – Sebatang jarum yang dianggap paling tua di dunia ditemukan dalam Gua Denisova di Siberia oleh sekumpulan saintis Rusia ketika mereka melakukan kerja-kerja penggalian, baru-baru ini.

 
Portal mirror.co.uk melaporkan, jarum tersebut yang diperbuat daripada tulang burung purba dianggarkan berusia lebih 50,000 tahun.

 
Kumpulan saintis itu yakin jarum berkenaan telah dicipta oleh kumpulan manusia yang dikenali sebagai ‘Denisova’.
Menariknya, jarum berukuran tiga inci itu masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

 
Menurut Ketua Institut A­r­keo­logi dan Etnografi di Novosibirsk, Prof. Mikhail Shunkov, pihaknya melakukan kerja-kerja penggalian di gua tersebut selama lebih tiga dekad bagi mencari lebih banyak maklumat berhubung sejarah penempatan awal manusia.

 
“Ini satu penemuan yang hebat, jarum ini berusia lebih 50,000 tahun. Kita dapat simpulkan tentang kisah kewujudan sejarah manusia.

 
“Ini merupakan jarum purba paling panjang yang ditemukan oleh kami setakat ini dan sudah tentu milik kumpulan manusia Denisova,” ujarnya.

 
Gua Denisova dipercayai antara tempat yang menjadi tumpuan kumpulan arkeologi untuk melakukan kajian bagi mengenal pasti sejarah kewujudan manusia purba melalui penemuan-penemuan fosil.-Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...