loading...

Donald Trump Bimbang Penipuan Pilihan Raya Presiden US

COLUMBUS – Calon presiden Republikan, Donald Trump, meluahkan kebimbangan “akan berlaku penipuan” dalam pilihan raya November ini – dakwaan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini oleh mana-mana calon.

 

Dakwaan luar biasa Trump itu yang tidak disokong sebarang bukti, menjadi ancaman kepada pilihan raya yang selalunya berlangsung dengan aman dan mencabar semua prinsip proses demokratik adil.

 

“Saya bimbang akan berlaku penipuan dalam pilihan raya ini, saya perlu jujur dalam perkara ini,” katanya kepada penyokong di Columbus, Ohio.

 

Beliau menambah sudah banyak kali mendengar pilihan raya mungkin dilakukan secara adil, walaupun tidak mengulas lanjut.

 

Trump membuat dakwaan itu selepas pada awalnya menyatakan Demokrat mengubah suai sistem pemilihan bagi membolehkan calon parti itu, Hillary Clinton, menewaskan pesaingnya, Bernie Sanders.

 

Hartawan selebriti itu yang diketahui menggemari teori konspirasi, termasuk dakwaan Presiden Barack Obama tidak dilahirkan di Amerika Syarikat dan bapa Senator Ted Cruz adalah rakan kepada pembunuh Presiden John F Kennedy, juga mendakwa pencalonan Republikan akan dirampas daripadanya jika beliau tidak menang dengan jurang luas.

 

Beliau kemudian menegaskan pilihan raya November ini mungkin ada unsur penipuan.

 

Trump mengulangi dakwaan itu pada malam Isnin di program Hannity terbitan Fox News Channel, berkata: “Pada 8 November, kita perlu berhati-hati kerana pilihan raya mungkin ada unsur penipuan. Saya harap Republikan memantau atau ia akan dirampas daripada kita.” – Agensi



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...