loading...

Ayda Jebat Jatuh Sakit Di New Zealand

Berada di New Zealand bagi menjalani pengambaran filem Pinjamkan Hatiku arahan sutradara Osman Ali menyebabkan Ayda Jebat jatuh sakit akibat daripada perubahan suhu yang mendadak. Malah dimaklumkan kini keadaan Ayda juga masih lemah dan proses pengambaran terpaksa dihentikan sementara waktu sebagaimana faktor cuaca menjadi cabaran utama disana.

BACA: Radin Nafi Tumpang Populariti Ayda Jebat

Screen Shot 2016-08-02 at 11.41.04 AM

“Badan saya masih lemah serta kurang bermaya. Saya mengalami sakit tekak, batuk dan selsema sehingga menyebabkan hidung saya berdarah. Saya berada dalam keadaan tidak sihat semenjak sampai di New Zealand. Mungkin perkara ini terjadi dek kerana perubahan cuaca yang tidak sama dengan Malaysia. Cuaca di sini sangat sejuk berbanding di Malaysia.

“Keadaan saya masih lagi lemah. Saya berharap agar keadaan saya segera sembuh dan dapat meneruskan penggambaran filem ini, Insya-Allah.Biarpun mereka terkesan dengan perubahan cuaca mendadak, saya harus memuji kesungguhan pihak produksi yang berjaya mendapatkan lokasi yang menarik untuk penggambaran filem ini,” katanya kepada portal Astro Gempak.

Bagaimanapun apabila ditanya mengenai beliau tersenarai dalam lima kategori bagi Anugerah Planet Muzik 2016 (APM 2016), Ayda meluahkan rasa bersyukurnya terhadap rezeki yang diberikan namun akui berasa gusar kerana terpaksa bersaing dengan beberapa artis dari negara lain. Namun kalah atau menang bukan kepentingan buat dirinya setiap kali tercalon. (rkty/w)

2- Ayda Jebat Jatuh Sakit Di New Zealand - jpeg 3- Ayda Jebat Jatuh Sakit Di New Zealand - jpeg 4- Ayda Jebat Jatuh Sakit Di New Zealand - jpeg 5- Ayda Jebat Jatuh Sakit Di New Zealand - jpeg 6- Ayda Jebat Jatuh Sakit Di New Zealand - jpeg 7- Ayda Jebat Jatuh Sakit Di New Zealand - jpeg

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...