loading...

Video : Perang Poster Dan Bendera Di Kuala Kangsar Mulai Meriah

KUALA KANGSAR – Perang poster dan bendera antara parti-parti bertanding, Barisan Nasional, PAS, dan Parti Amanah Negara (PAN) mulai meriah sehari selepas penamaan calon.

 

Usaha untuk menarik perhatian pengundi di kawasan itu bagaimanapun masih belum dilakukan oleh calon parti bebas.

 

Tinjauan Suara TV mendapati jentera BN dan PAS sudahpun memulakan gerak kerja mereka di kawasan tumpuan ramai dan pesisir jalan bandar di raja ini.

 

BN meletakkan poster calonnya, Datin Mastura mohd Yazid disepanjang bulatan jalan Kangsar manakala poster parti PAN hanya meriah di kawasan Bukit Chandan.

 

Perang poster bendera dan parti dijangka akan lebih meriah pada minggu hadapan.-SuaraTV

 

Video menyusul.

Previous
Next Post »
loading...