loading...

BN Mampu tarik 70 peratus Pengundi India – Subramaniam

SUNGAI BESAR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menegaskan bahawa Barisan Nasional mampu menarik pengundi India seramai 70 peratus dari 829 orang penduduk India di Sini.

 

Menurut beliau, pertambahan ini ekoran daripada rasa tidak puas hati masyarakat India terhadap DAP dan juga pentadbiran Kerajaan Negeri ketika ini.

 

“kami menyasarkan 70 peratus daripada 829 orang yang disenaraikan dalam daftar pengundi dan kita sudah kenalpasti 650 lebih orang dan daripada sana saya punya anggaran 70 peratus akan beri sokongan.

 

“Pebangkang dulu kebanyakannya daripada Sekinchan dan sekarang saya boleh nampak saya ingat minggu lalu saya pergi ke Sekinchan sambutan mereka dahulu yang menajadi penyokong kuat DAP sekarang pengikut kuat program-program kita dan ini adalah satu tanda yang baik.

 

“Ada beberapa perkara yang mereka tidak puas hati dengan apa yang dibuat oleh DAP dan kerajaan negeri,” katanya ketika di temui media selepas lawatan ke rumah pesaakit di Parit Dua Sungai Haji Dorani.

 

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa, sangat penting bagi Barisan Nasional untuk menarik kaum India untuk datang mengundi pada hari tersebut.

 

“Sangat mustahak sekarang untuk membawa mereka pada hari itu.

 

 

“Perkara ini telah meningkatkan kepercayaan mereka bahawa BN boleh membantu mereka,”ujarnya. -SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...