loading...

Video : Calon Pas Bukan Anak Tempatan, Yakin Tawan Pengundi Kuala Kangsar

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA KANGSAR – Calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad mengakui walaupun bukan anak tempatan, namun beliau yakin mampu tawan pengundi Kuala Kangsar.

 

Beliau berkata, sebagai Ketua Muslimat Perak (PAS), sejak tahun 2011, beliau sudah biasa berhadapan dengan senario politik, selain bersuara mengenai hak yang diperlukan masyarakat kawasan itu.

 

“Walaupun (saya) bukannya orang Kuala (anak tempatan) tapi saya sebagai Ketua Muslimat Perak, maknanya dah 24 parlimen saya jaga. Tak janggallah bagi saya untuk menjadi calon bagi parlimen Kuala Kangsar.

 

 

“Sekarang ini bila dah jadi calon semakin dikenalilah. Parit dengan Kuala (Kangsar) tak jauh, sebelah sahaja. Kalau orang di belah Manong, Bekor tu mereka (rakyat dah) biasa.  Sebab saya akan singgah beli barang di kawasan tersebut. Saya dah dua kali jadi calon di parlimen Parit. Jadi, tak susahlah pengundi di Kuala Kangsar untuk mengundi saya,”katanya.

 

Terdahulu, Najihatussalehah diumum sebagai calon Pas bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar, kelmarin dan bakal berdepan lawan dari BN, Datin Mastura Mohd Yazid, calon AMANAH, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. -SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...