Berikutan dakwaan mengatakan Zainol MacWilson seorang lelaki pengecut kerana bertindak mengunci mulut mengenai pernikahannya dengan seorang wanita di Perlis pada Ahad lalu, beliau tampil menjelasnya sebab sebenarnya. Jelasnya, perkara itu terpaksa disembunyikan atas permintaan pihak keluarga perempuan yang tidak mahu ia diketahui umum.
BACA: “Saya Doa Yang Terbaik Untuk Ayah Saya”
“Saya tidak niat untuk menipu tentang perkahwinan yang berlangsung pada Ahad lalu, namun itu adalah permintaan pihak perempuan yang tidak mahu diketahui umum. Kalau ikutkan saya lebih suka perkara yang baik itu tersebar, tapi dia minta saya rahsiakan sampai satu masa yang dia sudah bersedia. Tapi malangnya gambar kami tersebar lebih pantas”
“Saya hanya beritahu beberapa orang rakan terdekat sahaja, anak saya Zahirah pun tidak tahu tentang perkara ini hingga semalam selepas membaca berita yang keluar. Dia menghubungi saya dan meminta agar saya berterus terang sahaja,” katanya kepada m Star Online selepas sekeping gambar pernikahannya mula tersebar di semua media sosial.
Sementara itu, Zainol dalam masa yang sama turut menafikan dakwaan pihak yang mengatakan wanita itu merupakan punca berlakunya penceraian diantara beliau dan bekas isteri. Malah katanya lagi, hubungan beliau dan bekas isteri sudah lama bermasalah dan tidak sefahaman didalam banyak perkara termasuk membenarkan Zahirah MacWilson menjadi artis.
Apabila ditanyakan mengenai wanita itu yang sekaligus kini menjadi isterinya yang sah, Zainol mendedahkan bahawa beliau telah mengenali wanita itu sejak sekian lama, namun mereka jarang berjumpa. Manakala, wanita berkenaan adalah seorang ibu tunggal beranak dua hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas suaminya dan bekerja sebagai seorang guru di Perlis.
Walau apapun, kini sudah terbukti cerita sebenar disebalik apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya Zainol bertindak bijak dengan berterus terang kepada umum tentang status perkahwinannya itu. Jadi sama-samalah kita mendoakan kebahagian mereka berdua akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dipermudahkan segala urusan. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW