Bukan mudah untuk berjaya dalam hidup. Kena beranikan diri dan rajin berusaha. Rezeki tidak akan datang bergolek begitu sahaja.
Kisah hidup seorang lelaki bernama Mohd Syafie ini diharap mampu memberi inspirasi kepada anda diluar sana untuk menjadi seorang yang berjaya.
Siapa sangka seorang budak lelaki yang dibesarkan di Chow Kit ini mampu menjadi insan berjaya dan kini memiliki 9 cawangan butik yang diberi nama D’yana.
Membesar di Chow Kit yang kotor & dipenuhi dengan bangsa asing
First. Assalamualaikum. Aku bukanlah sesiapa untuk di kagumi atau di idola idolakan. Dulu hidupku hanya biasa biasa saja. Hidup dibesarkan di Chow Kit saja. Pernah kah bayangkan bagaimana hidup kamu di laluan laluan Chow Kit yang sempit, penuh dengan bangsa asing, kotor dan sentiasa rasa seperti terancam. Hidup rakan rakan sekolah ku semuanya membesar di rumah yang elok elok saja.
Di Jalan Chow Kit aku kenal erti hidup
Jika bukan kerana Chow Kit, tidak mungkin aku seperti sekarang. Jika tidak kerana Chow Kit, tidak mungkin aku boleh menjadi orang berguna.
Ibubapa aku bukan berjual rambutan sahaja. Bermacam macam buah diorang jual ikut musim. Setiap hari, ibubapaku akan memulai hidup mereka dengan menjual buah di tepi jalan Chow Kit sahaja, dan aku akan bermain di tepian jalan mengharungi hidupku. Bagi aku, bermain main di tepi jalan, bermain air hujan, dan banyak lagi di zaman kanak kanak ku itu semua kenangan terindah.
Minat berniaga & mula berniaga sejak dari sekolah rendah
Ketika di zaman sekolah, aku tidak datang dengan tangan kosong, ketika sekolah rendah lagi, aku sudah menjual pemadam, sticker. Ketika di sekolah menengah aku menjual burger dan balik sekolah pula, aku jual bunga api. Masih ingat nostalgia lama, sangat kelakar rasanya bila ingat kembali kawan kawanku kena paksa denganku beli berger, bunga api dan byk lagi lah.
Walaupun hidup susah, tapi sentiasa menjadi pelajar cemerlang
Haaa mesti ramai ingat pelajaran aku merosot bila aku menjual jual di sekolah ni. Tidak sama sekali ok!! Aku lah pelajar cemerlang ke mana sahaja aku pergi ketika dulu dan sampai ke university dengan skor 4 Flat.
Pada umur 17 tahun, aku sudah mempunyai sebuah kedai ‘kereta control’ di jalan Chow Kit Road jugak ok!! Dengan berbekalkan modal daripada ibubapa aku.
Di usia muda, aku mampu miliki 9 buah butik
Haaa sekarang umur aku ‘baru’ nak msuk 32. Baru okay haha!! Dan syukur ke hadrat Allah S.W.T sungguhnya aku tidak pernah sangka dengan hanya bermula dengan buka butik pertama pada tahun 2013 dan kini memiliki 9 cawangan butik D’yana di seluruh Negara.
Nak berjaya? Senang je! Jangan sesekali hidup kerana WANG
Biarlah kerja mahupun berniaga jangan sekali kali bermatlamatkan wang. Buat dan usahakanlah dengan seikhlas hati kerana ALLAH. InsyALLAH wang akan menyusuri. Ramai muda mudi masa kini hanya kejar wang semata mata. Pada saya kita harus kejar ilmu dahulu dimasa muda. Dengan ilmu kita akan dapat mengingkatkan martabat kita.
Dan sesungguhnya kejayaan itu kita sendiri yang menciptanya. Jika orang lain boleh kenapa kita tidak. Jawapannya ada pada diri kita sendiri.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW