SHAH ALAM – Selepas insiden seorang wanita mengamuk di butik, CEO Butik Feedmilk, Anis Syuhada, tampil membuat penjelasan berkenaan isu terbabit.
Menurut beliau, insiden tersebut berlaku berpunca daripada salah faham berkenaan isu menjadi pengedar jubah menyusu butik tersebut.
“Baru-baru ini kami ada buka pengambilan pengedar untuk jubah menyusu dan kita hanya buka untuk 30 orang sahaja.
“Akak ini tak dapat jadi dalam 30 orang itu kerana dia ada masalah dalam online banking,” katanya ketika di temui Suara TV.
Tambah beliau lagi, butik tersebut hanya membuka pengambilan pengedar seramai 30 orang sahaja kerana ia merupakan tempoh percubaan butik tersebut untuk melihat maklum balas daripada pelanggan.
“Ini adalah first try kita dan dalam bisnes kita kena ada trial period supaya kita boleh tahu benda ini bagus dan kita boleh improve lagi.
“Kita buat pengambilan dealer ini pun kita tengok base on feedback dari customer kita,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa, pengambilan pengedar untuk butik tersebut bukan sahaja membantu mereka malah turut membantu pengedar butik tersebut.
“Apabila kita ambil pengedar secara automatik kita dapat bantu pengedar sebab dapat buat jualan dengan cepat dan dia pun dapat bantu kita,” katanya. -SuaraTV