loading...

Sherry Ibrahim Jaga Solat, Lebihkan Amal Ketika Ramadhan

Menyambut Ramadhan buat pertama kali dengan penampilan berhijab, Sherry Ibrahim berharap ianya dapat membuka lembaran baru buat dirinya yang suatu ketika dahulu pernah alpa dengan kewajipan sebagai seorang muslim. Maka tahun ini beliau ingin cuba sedaya upaya untuk mengisi jadual harian dengan melakukan kerja amal.

BACA: Sherry Ibrahim: Saya Bukan Cuba Berlagak Alim

“Tahun ini saya mencuba sebaik mungkin untuk menunaikan solat lima waktu yang sememangnya menjadi tuntutan agama. Kewajipan yang dahulunya diambil mudah tidak harus dipandang sebelah mata lagi. Saya cuba untuk menjaga solat biarpun sibuk. Tidaklah jauh berbeza daripada tahun sebelumnya kerana saya tak pernah tinggal puasa tanpa sebab”

“Sejak bergelar pramugari lagi, saya tidak mahu sewenang-wenangnya menggunakan kesempatan itu untuk meninggalkan puasa. Pada masa sama, biarpun sibuk merencana perjalanan kerjaya seni, saya memilih untuk menyelitkan beberapa kerja amal sepanjang Ramadan,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan perkara itu.

Terdahulu, sewaktu menyambut hari kelahiran beliau yang ke 33 tahun, Sherry membuat keputusan untuk untuk berhijab sepenuhnya sebagai tanda hadiah darinya untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu dan bapanya. Sherry juga turut bercerita bagaimana beliau rajin mendengar ceramah agama sehingga terbuka hati untuk bertudung. (rkty/w)

1- Sherry Ibrahim Jaga Solat, Lebihkan Amal Ketika Ramadhan - jpeg 2- Sherry Ibrahim Jaga Solat, Lebihkan Amal Ketika Ramadhan - jpeg 4- Sherry Ibrahim Jaga Solat, Lebihkan Amal Ketika Ramadhan - jpeg 5- Sherry Ibrahim Jaga Solat, Lebihkan Amal Ketika Ramadhan - jpeg 6- Sherry Ibrahim Jaga Solat, Lebihkan Amal Ketika Ramadhan - jpeg 7- Sherry Ibrahim Jaga Solat, Lebihkan Amal Ketika Ramadhan - jpeg
Previous
Next Post »
loading...