loading...

Jangan Guna Isu Edah Dalam Kempen Kata Calon Pas

KOTA BAHARU – Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Dr Najihatussalehah Ahmad menasihatkan semua pihak tidak jadikan isu ‘edah’ sebagai bahan untuk kempen pilihan raya.

 

Beliau merujuk kepada calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid yang tidak dapat menyertai kempen pilihan raya yang dijadual bermula 5 Jun ini kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum Islam apabila seseorang wanita kematian suami.

 

“Saya akur kepada apa yang ditetapkan oleh syarak.

 

“Saya nasihatkan semua orang supaya jangan sentuh isu edah,” katanya pada sidang media pada Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-56, di sini hari ini, sebagaimana memetik laporan Bernama.

 

Ditanya mengenai cabaran yang bakal dihadapi ketika berdepan dengan Mastura, Dr Najihatussalehah berkata perkara itu bukan perkara yang mudah.

 

Katanya, kempen tetap juga berjalan walaupun Mastura menggunakan media dan tidak turun untuk berkempen.

 

Terdahulu, PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian suami Mastura, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.-SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...