Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan mereka yang meninggalkan Pas untuk berada dalam parti baharu sebagai kekontangan jiwa.
Beliau yang merujuk parti baharu Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa ahli parti itu tidak mendapat kerahmatan Allah s.w.t.
“PAN tidak mendapat nikmat dan rahmat dari Allah.
“Mereka tidak lagi merasai apa yang mereka rasai dalam Pas selama ini,” ujarnya, memetik laporan Malaysia Gazette.
Beliau percaya ramai yang rindu kepada Pas kerana berpuluh tahun mereka berjuang dalam parti itu.
Bagaimanapun, menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, tindakan keluar dari Pas merupakan kehendak mereka (PAN) secara sukarela.
“Hanya seorang yang kita pecat (merujuk Datuk Husam Musa), yang lain keluar Pas secara sukarela. Itu kehendak mereka. Mereka tak puas hati dengan Pas. Mereka nak (parti) yang baharu,”katanya.-SuaraTV