loading...

75 Peratus Bakal Keluar Mengundi Di Sungai Besar

 

SUNGAI BESAR – Suruhanjaya Pilihanraya menjangkakan peratus yang keluar mengundi bagi Pilihanraya Kecil Sungai Besar adalah sebanyak 75 peratus.

 

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Hashim Ahmad, peratusan ini akan menurun sekiranya pengundi dari luar Sungai Besar tidak datang untuk mengundi.

 

“SPR menjangkakan peratus yang akan keluar mengundi adalah 75 peratus memandangkan PRK ini melibatkan pertandingan diantara parti-parti politik.

 

“Bagi pengundi diluar, mereka dapat balik bagi menunaikan tanggungjawab mereka dan jika tidak peratusan pengundi akan menurun,” katanya ketika sidang media selepas majlis penamaan calon di dewan seri Bernam tadi.

 

Dalam pada itu, beliau berharap dalam tempoh berkempen nanti, tiada sebarang provokasi dan kempen secara agresif dan semua pihak akan mematuhi undang-undang lebih-lebih lagi ketika di bulan Ramadan yang dianggap bulan suci oleh umat islam.

 

“Harapan SPR mahu memastikan tempoh berkempen berjalan dengan aman dan harmoni tidak ada gangguan dan semua pihak mematuhi undang-undang dan peraturan serta etika dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh SPR dan PDRM.

 

“SPR berharap aktiviti berkempen tidak menganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara.

 

“Harap tiada kempen yang agresif kerana bulan ini merupakan bulan ramadan, bulan untuk beribadat dan bukan bulan untuk maki hamun dan mengata orang,” ujarnya.

 

keputusan PRK Sungai Besar dijangka akan diumumkan pada pukul 9 malam pada 18 Jun nanti. -SuaraTV.

Previous
Next Post »
loading...