loading...

Video : Pembangkang Terdesak Di Sarawak, Tukar Bendera UMNO – Fadillah Yusuf

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUCHING – “Pembangkang dah tak ada isu, sehingga mereka sanggup menukar bendera BN menjadi bendera Umno. Itu adalah gerakan yang terdesak, sebab mereka tahu di Sarawak tak ada isu,”kata Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusuf.

 

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai bendera Umno yang kelihatan di beberapa kawasan panas di bandar itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

 

Sehubungan itu, Fadillah berkata, mengenai kemasukan Umno ke Sarawak adalah tidak benar sama sekali dan menegaskan perkara itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

 

“Dari segi Umno nak masuk Sarawak memang tidak akan. Ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri. Memang Umno takkan masuk Sarawak.

 

“Ia sudahpun menjadi kata sepakat. Kenapa sibuk nak bawa Umno, kerana di sini kita sendiripun sudah stabil dengan semua komponen BN,”katanya.

 

Beliau juga menjelaskan corak di Sarawak dapat dilihat mampu bergerak bersama seiringan.

 

“Kita rasa ia dah cukuplah. Itu yang lebih penting,”ujarnya-SuaraTV.

 

 

Previous
Next Post »
loading...