Hubungan antara lelaki dan wanita hari ini memang lebih rumit daripada zaman ibu bapa kita dahulu. Kalau dahulu paling kerap berhubung pun hanya melalui perjumpaan depan mata tetapi kini pasangan kekasih boleh berhubung 24 jam.
Berhubung 24 jam ini sebenarnya satu isu besar dalam perhubungan dan jika ada masanya anda kehabisan data dan tidak mampu untuk online selama beberapa jam, akan banyak teori pelik keluar di pihak sebelah sana tentang apa yang kita sedang lakukan.
Ini 6 teori yang selalu muncul di kepala mereka, baik lelaki atau perempuan.
1. Sedang Enak Tidur
Si kekasih mesti fikir yang yang pasangannya memang kaki tidur dan tidak boleh diselamatkan lagi walaupun sudah dipesan berkali kali untuk beritahu lebih awal jika mahu tidur siang — apa boleh buat, kita memang kaki tidur.
2. Data Internet Sudah Habis
Ya, akhirnya ada teori yang lebih praktikal di dunia nyata. Kerapkali semua teori di atas memang tidak boleh pakai kerana kita hanya kehabisan kredit atau data internet. Itu sahaja. Dan, kami ada cadangan untuk selesaikan masalah ini.
Maxis melalui Hotlink FAST kini menawarkan 8GB data sebulan untuk seumur hidup anda selagi anda aktif melanggan pelan Hotlink sedia ada. Ini bermakna anda akan menerima 2GB setiap hujung minggu yang mana 1GB untuk Sabtu dan 1GB lagi untuk hari Ahad.
3. Tengah Gembira Dengan Rakan
Ini juga teori yang baik sebenarnya. Lebih baik mereka fikir kita sedang habiskan masa dengan rakan rakan dari fikir kita sedang habiskan masa dengan lelaki / perempuan lain. Bahaya oi dan ini mengundang teori nombor tiga di bawah.
4. Sudah Tidak Sayang Atau Bosan
Ini pun bahaya juga, kalau kita mula lambat sedikit balas mesej atau menhilang kejap dari radar mereka mulalah dakwaan sudah kurang kasih sayang muncul dalam perbualan. Susah sebenarnya untuk kami online selalu kalau hidup sendiri pun sibuk.
5. Sedang Curang Dengan Orang Lain
Tengah ke, tepi ke kalau sudah namanya curang memang curang orangnya. Bukan sekadar teori tetapi memang hakikat inilah yang selalu muncul di kepala mereka yang kekasihnya tidak membalas mesej untuk jangka masa lama atau tidak nampak online.
Jadi, kekasih anda jenis yang mana satu?