loading...

Piala FA: JDT Tebus Maruah, Benam Kedah 3-1

LEPAS geram, Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya berjaya menebus kekecewaan apabila berjaya membenam Kedah 3-1 menjadikan agregat 4-3 di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

 

‎Perlawanan sengit tersebut, menyaksikan Harimau Selatan menempah slot ke peringkat akhir, Superbest Piala FA 2016 sekali gus menutup aib tewas di tangan Lang Merah pada pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman.

 

Bermula babak pertama, Skuad kendalian Mario Gimez bijak mengatur langkah dengan beberapa serangan berjaya dihasilkan namun gagal membolosi gawang lawan.

 

Import JDT, Pareyra Diaz memecah kebuntuan apabila meledak masuk gol pertama tuan rumah pada minit ke-24 selepas gagal dikawal kemas pertahanan lawan.

 

Ketajaman jentera tengah Harimau Selatan juga dilihat menjadi punca Skuad Lang Merah gagal menemui rentak dan melakukan beberapa kesilapan awal.

 

Babak kedua bermula, melihatkan penguasaan Lang Merah apabila bijak mengasak ‘back four’ pasukan lawan namun gagal menemui penyudah.

 

Walau bagaimanapun, gandingan padu antara dua penyerang JDT, Martin Lucero dan Pareyra Diaz berjaya menghasilkan gol kedua tuan rumah pada minit ke 53.

 

Tersentak dengan gol tersebut, pemain gantian lawan, Fakri Saarani yang tidak dikawal ketat berjaya mengikat kedudukan agregat buat sementara menerusi rembatan kemas terus ke gawang JDT pada minit ke 61.

 

Kegembiraan Lang Merah akhirnya dihentikan pada babak-babak akhir perlawanan iaitu selepas Diaz meledak masuk gol ketiga pasukan. Keputusan kekal 3-1 hingga wisel penamat.- Sinar

Previous
Next Post »
loading...