loading...

Pintu Helikopter Terbuka Secara Tiba-Tiba, Menteri Wanita Nyaris Nahas

KUCHING – Menteri Pambangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berdepan detik cemas apabila pintu helikopter yang dinaikinya terbuka secara tiba-tiba di udara.

 

Rohani melalui status di Facebook berkata, detik mencemaskan itu berlaku apabila pintu helikopter tersebut terbuka secara tiba-tiba sejurus selepas berlepas.

 

“Syukur Alhamdullilah walaupun melalui saat mencemaskan apabila pintu helikopter kami terbuka di udara secara tiba-tiba, kami selamat sampai di Kampung Igan dan teruskan program yang telah di rancangkan,” tulisnya memetik kenyataan tersebut.

 

Sementara itu menurut Setiausaha Akhbar Rohani, Kamarul Farid Kamaruddin, kejadian itu berlaku ketika rombongan Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Lapangan Terbang Sibu menuju ke Kg. Igan.

 

“Pengalaman yang cukup mencemaskan di ruang udara bila pintu helikopter yang kami naiki dalam perjalanan dari airport Sibu ke Kg. Igan terbuka secara tiba-tiba.

 

“Alhamdulillah atas tindakan pantas Reza-Rizvy Ahmad (pegawai Rohani) menahan dan memegang pintu kurang lebih 10 minit hingga kami selamat landing (mendarat). YB Datuk Sri Rohani Abdul Karim turut sama menahan pintu bagi memastikan keadaan kami selamat.

 

“Berderau darah fikirkan perkara yang bukan-bukan ketika itu. Syukur semuanya selamat dan kami meneruskan perancangan program hari ini di Kg Igan, Mukah, Balingian dan Sri Aman,” katanya di laman sosial Facebook beliau.

 

Rohani berada di Kg. Igan untuk berjumpa dengan masyarakat dalam kempen Piliha Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan berlangsung pada 7 Mei depan. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...