Pelakon, Syatilla Melvin Kesal apabila ada pihak tidak bertanggunjawab menggunakan nama mereka, menyebarkan berita palsu kononnya beliau kini sedang hamil. Baginya penyebaran berita di sebuah blog itu sengaja dilakukan bagi menjatuhkan reputasinya dan suami, Shaheizy Sam.
BACA: Syatilla Sibukkan Diri Elakkan Sunyi Ditinggal Suami
“Pada saya ia bukan doa untuk kami sebaliknya mereka sengaja membuat fitnah demi mengaut keuntungan apabila ada pembaca yang klik berita berkenaan. Bayangkan keluarga kami yang baca dan tidak tahu apa-apa mengenainya mungkin mereka akan salah faham”
“Ini bukan kali pertama blog sama membuat fitnah terhadap saya tetapi kali ini saya bersuara kerana ia boleh mengundang masalah selain ia menjatuhkan reputasi kami berdua,” katanya kepada m Star Online berkenaan berita palsu yang telah disebarkan oleh blog berkenaan.
Apabila ditanyakan mengenai tindakan yang mungkin diambil oleh pelakon itu berikutan insiden berkenaan, Syatilla menjelaskan bahawa buat masa ini beliau tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan kerana enggan melayan sikap invididu yang tidak bertanggunjawab itu. (rkty/w)