loading...

‘Isu Intrigreti Menteri Besar, Saya Berpihak Kepada Sultan’

KUALA LUMPUR – Aktivis Umno, Zaharin Mohd Yasin menyifatkan isu penarikan pingat dan bintang kebesaran Menteri Besar Terengganu sebagai inisiatif daripada bekas Menteri Besar Ahmad Said yang mencadangkan kepada Sultan, jika ada permohonan kawasan hutan, tidak perlu melibatkan Sultan.

 

Beliau mendakwa perkara itu diketahuinya menerusi sumber yang boleh dipercayai mengenai isu tersebut.

 

Katanya, isu menarik balik kesemua pingat dan anugerah yang membawa gelaran kepada Menteri Besar Trengganu itu, bukanlah soal perbalahan antara Sultan dan Menteri Besar kerana kepentingan Sultan.

 

“Maka dengan persetujuan Sultan maka satu kawasan hutan pun dipohon atas nama orang tertentu. Kononnya hasil dari jualan khazanah hutan itu, akan diberikan kepada beberapa Yayasan yang Sultan sebagai penaungnya, termasuklah Yayasan yang bercorak pendidikan dan bantuan kepada orang miskin.

 

“Setelah bertukar Menteri Besar dari Ahmad Said kepada Razif barulah kelulusan kawasan itu diluluskan yang mana asal tanah itu hendak dibuat projek pertanian dan beliau yang menjanjikan sekali lagi akan sumbangan kepada Yayasan yang Sultan menjadi penaungnya masalahnya, selepas diluluskan hampir satu tahun setengah, yayasan yang mengharapkan sokongan kewangan tidak tahu apa benda telah menghadap Sultan untuk mendapatkan atau mencari dana kewangan yang sudah susut kewangannya.

 

“Maka terperanjatlah Sultan, kerana mengingatkan saperti janji dahulu. Jika sudah dijual khazanah hutan itu ada sumbangan kepada Yayasan,”kongsinya menerusi statusnya di laman Facebook, beberapa jam lalu.
Menurut Zaharin, disebabkan perkara itu, Sultan memanggil pihak berkuasa negeri dan pertanyakan tentang perkara itu.

 

“Mereka memaklumkan semua proses kelulusan sudah selesai sejak satu tahun yang lalu. Di sinilah Sultan sangat murka. Mana janji yang djanjikan oleh Menteri Besar. Ini bukan soal kepentingan Sultan tetapi mereka yang bernaung dibawah Yayasan-yayasan dimana Sultan merupakan penaungnya.

 

“Maka kesimpulannya, ke mana hasil jualan khazanah hutan itu? kenapa tak diberikan kepada Yayasan yang di janjikan?
Siapa yang tak marah? Bolehkah Perdana Menteri hendak selesaikan isu intrigreti Menteri Besar ini? Janji di tepati, Dimana?,”tulisnya.

 

Tambahnya lagi, dalam isu tersebut, beliau berpihak kepada Sultan Terengganu.-SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...