loading...

Akibat Dirompak, Ayu Raudhah Takut Balik Rumah

Setelah kediamannya dirompak baru-baru ini, Ayu Raudhah akui masih trauma dan takut untuk pulang ke rumah kerana kejadian malang itu bukan sahaja berlaku buat kali pertama, tetapi sudah tiga kali. Namun beliau bersyukur ketika kejadian itu berlaku, mereka sekeluarga tiada dirumah.

BACA: Rumah Ayu Raudhah Dipecah Masuk, Rugi RM200,000

“Zaquan ada menghantar gambar keadaan rumah yang bersepah, tetapi untuk saya balik ke rumah tersebut mungkin bukan sekarang. Saya masih trauma dan takut untuk kembali menetap di sana. Tapi itulah rumah itu saya beli dan bukan disewa jadi agak ralat kalau biarkan begitu sahaja”

“Nantilah saya bincang dahulu dengan Zaquan sebab takut juga perkara sama akan berulang. Takut juga sebab bukan sekali, tapi tiga kali dah rumah itu dipecah masuk. Saya benar-benar bersyukur kami sekeluarga tiada dirumah ketika kejadian, lagi-lagi kalau Zaquan tiada, pelbagai kemungkinan boleh terjadi,” katanya kepada Projek MMO.

Semalam, polis Johor telah berjaya menangkap tiga suspek kes pecah rumah pasangan itu dalam satu serbuan di sebuah rumah di kawasan kediaman mewah di Horizon Hills, Iskandar Puteri pada pukul 1.45 pagi. Pihak polis juga berjaya menemukan semula semua barangan milik pasangan itu yang dilaporkan hilang. (rkty/w)

1-Akibat Dirompak, Ayu Raudhah Takut Balik Rumah- jpeg 3-Akibat Dirompak, Ayu Raudhah Takut Balik Rumah- jpeg 4-Akibat Dirompak, Ayu Raudhah Takut Balik Rumah- jpeg 5-Akibat Dirompak, Ayu Raudhah Takut Balik Rumah- jpeg 6-Akibat Dirompak, Ayu Raudhah Takut Balik Rumah- jpeg 7-Akibat Dirompak, Ayu Raudhah Takut Balik Rumah- jpeg
Previous
Next Post »
loading...