KUALA LUMPUR – Telefon pintar yang begitu dinanti-nantikan, Samsung Galaxy S7, akan berada dalam pasaran hari ini bagi memenuhi permintaan mereka yang gemar mengikuti trend terkini telefon mudah alih.
Telefon itu, yang boleh didapati di kedai-kedai Samsung Experience dan kedai Maxis terpilih, berharga RM2,699 dan tampil dengan warna hitam onyx, emas platinum dan perak titanium, kata Samsung Malaysia Electronics dalam satu kenyataan pada Khamis.
Naib Presiden Unit Mudah Alih dan Perniagaan IT
“Ada yang berhajat untuk membelinya, justeru, kami memutuskan sudah sampai masanya untuk melancarkan Galaxy S7,” katanya.
Selain paparan Quad HD Super AMOLED 5.1 inci, Galaxy S7 sarat dengan ciri-ciri menarik sama seperti Galaxy S7 Edge dengan paparan 5.5 inci.
Ia juga berkongsi ciri-ciri kaca 3D sepenuhnya dan bingkai logam sama seperti Galaxy S7 Edge. – Awani

Pernah Dituduh Tak Puasa, Tony Eusoff Dipaksa Tunj ...

Impi Buat Projek Filem Aksi Penjara, Datuk Ayu Put ...

Gempa Bumi Myanmar: Malaysia Sedia Bantu, Ucap Tak ...

Watak Ansara Bukan Seperti Realiti Sebenar Fattah ...