loading...

Soal Popular, Nad Zainal Biar Peminat Tentukan

Sebagai selebriti terpalit dengan pelbagai kontroversi adalah lumrah perjalanan sebagai anak seni. Bagi Nad Zainal, beliau kini lebih selesa mempertahankan bakat yang diberi dengan menampilkan hasil yang terbaik buat peminat tanpa memaksa diri melakukan sesuatu yang tidak diminati.

BACA: Nad Zainal Hamil Tiga Bulan?

“Justeru, soal sama ada diri saya masih diminati atau tidak, itu biarlah peminat yang tentukan. Saya serahkan segala keputusan kepada peminat. Dengan apa yang sudah saya lalui sebelum ini, bagi saya populariti diperoleh bersifat sementara”

“Apa yang perlu diberi perhatian sekarang adalah mempertahankan bakat dimiliki dengan memberikan yang terbaik setiap kali berlakon agar karier seni dapat diteruskan. Lagipun, bagi saya perkara membabitkan minat ini tidak boleh dipaksa-paksa,” katanya kepada Harian Metro Online.

Nad yang kini sudah bergelar isteri mengakui bahawa sejak statusnya itu berubah kehidupan beliau sekarang lebih tenang, teratur serta selamat walau dimana berada. Ditambah pula, suami yang yang menguruskan segala urusan membabitkan kerjaya seni

Apabila ditanyakan mengenai cahaya mata, pelakon kenit itu berkata kehadiran mereka sememangnya sangat diharapkan jadi tiada sebab untuk pasangan suami isteri itu membuat perancangan keluarga. Tambahnya lagi, dirinya terbuka untuk berkongsi berita gembira itu jika hamil dimasa akan datang. (rkty/w)

1- Soal Popular, Nad Zainal Biar Peminat Tentukan - jpeg 2- Soal Popular, Nad Zainal Biar Peminat Tentukan - jpeg 3- Soal Popular, Nad Zainal Biar Peminat Tentukan - jpeg 4- Soal Popular, Nad Zainal Biar Peminat Tentukan - jpeg 5- Soal Popular, Nad Zainal Biar Peminat Tentukan - jpeg 6- Soal Popular, Nad Zainal Biar Peminat Tentukan - jpeg
Previous
Next Post »
loading...