loading...

Satu Acara Anda Wajib Datang Jika Anda Kaki Makan

Anda suka makan? Anda suka habiskan masa bersama rakan rakan di luar ketika hujung minggu? Kami ada cadangan, apa kata bawa rakan rakan anda atau satu keluarga ke Selangor Food Mega Festival 2016 yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Screen Shot 2016-04-29 at 10.10.09 AM

Ada apa anda tanya? Selangor Food Mega Festival 2016 sesuai dengan namanya akan menampilkan lebih dari 120 vendor vendor makanan hipster dan urban dimana masing masing mempunyai konsep tersendiri yang unik untuk anda nikmati sepanjang dua hari.

ddddd

Tengok sahajalah antara makanan yang menanti anda di Selangor Food Mega Festival 2016 hujung minggu ini. Ini baru sikit, memang anda akan puas hati berkelah dan makan bersama keluarga atau juga rakan rakan. Lebih ramai lebih meriah.

Bukan sahaja makanan, khabarnya juga nanti akan ada barisan artis yang hadir untuk membuat persembahan khas untuk anda semua yang hadir. Kira seperti makan sambil berhibur orang kata. Apa lagi yang anda mahukan untuk hujung minggu yang lengkap?

Untuk maklumat lanjut layari Facebook Food Mega Festival atau ikuti akaun Instagram mereka di @foodmegafestival. Jom serbu ramai ramai esok!

Previous
Next Post »
loading...