KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers mengakui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin membuat kunjungan rasmi di negeri itu.
Baginda berkata, perjumpaan itu bagi membincangkan halatuju selain berkongsi pendapat dan mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki kemerosotan bola sepak negara yang melibatkan belia.
Tunku Ismail, turut memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan sukan bola sepak terutamanya berkaitan projek JDT serta program-program belia yang diharapkan di negeri itu.
Terdahulu, Tunku Ismail membawa Khairy melawat ke pusat latihan JDT, gimnasium serta padang tertutup di Padang Seri Gelam.