loading...

Isu Arja Lee: Nazim Othman Pilih Diam Diri

Baru-baru ini dikhabarkan bahawa ada artis yang tidak senang dengan kehadiran Arja Lee didalam program nyanyian Gempak Superstar, dan kini ada yang mengatakan individu tersebut adalah Nazim Othman. Malah, Nazim juga dikatakan bermasam muka dengan rakan seperjuangannya itu.

BACA: Nazim Othman, Bella Dally Belum Sedia Dedah Tarikh Kahwin

Memetik laporan Utusan Online, Nazim menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang tidak memberi faedah kepadanya untuk memberikan sebarang komen dengan lebih lanjut. Apabila diajukan soalan itu pula, beliau enggan memberikan sebarang komen.

“Maaf, saya tiada masa nak layan cerita tak berfaedah macam ni. Tak membangunkan minda,” katanya kepada Utusan Online apabila ditanyakan mengenai isu perselisihan faham diantara dua pelakon ini yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Terdahulu, Arja Lee mendakwa bahawa ada rakan artis yang tidak berpuas hati dengannya didalam program realiti itu sehingga bertindak menyindir beliau. Namun didalam kenyataan itu, beliau tidak menyebut mana-mana pihak, tetapi baginya perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Malah katanya lagi, sepanjang bergelar artis beliau tidak pernah rapat atau bekerjasama dengan pelakon itu lagi tetapi beliau perasan bahawa Nazim pernah cuba menimbulkan masalah. Namun, baginya tiada apa yang perlu dicemburui kerana program itu memberikan kuasa kepada peminat untuk mengundi. (rkty/w)

1- Nazim Othman Pilih Diam Diri - jpeg 2- Nazim Othman Pilih Diam Diri - jpeg 3- Nazim Othman Pilih Diam Diri - jpeg 4- Nazim Othman Pilih Diam Diri - jpeg 5- Nazim Othman Pilih Diam Diri - jpeg 7- Nazim Othman Pilih Diam Diri - jpeg
Previous
Next Post »
loading...