KUCHING – Pemilik Restoran Kopi O Corner, Datuk Mohd Kefli Ahmad, mendakwa beliau menghadapi pelbagai cabaran dalam membangunkan perniagaannya termasuklah melibatkan makhluk halus.
Menurutnya, beliau terpaksa berhadapan dengan Jin yang bersaiz lori yang mendiami kedai yang dibelinya dengan harga Rm30 ribu.
“Kalau jumpa kawan pun kawan nasihat lebih baik jangan ambil, kedai itu Jin dia besar lori.
“Kedai ini memang sial, tak ada Feng Shui memang tak ada rezeki dan memang ramai orang keluar masuk.”katanya ketika di temubual oleh SuaraTV.
Tambah beliau
“Sewa rumah pada ketika itu RM400 sebulan, dan saya bincang dengan dia, kita nak selamat Rm400 itu kita pindah ke kedai.
“Kita tidur di atas alas tikar sahaja ,awal pagi dah gulung, takut orang nampak pura-pura ada rumah tapi mana ada dan dari mana sumber kewangan nak tambah alat kelengkapan, mahu tak mahu kita pinjam money lender, tapi sekarang saya nasihatkan janganlah.” ujarnya. -SuaraTV

Kedai Gunting Terbesar Di Mekah ...

Budak 12 Tahun Hancur Tangan Kiri Akibat Letupan M ...

Master Binary, Sejahtera Invest, Bold Prime Antara ...

Sardine Melt Toast, Hidangan Yang Enak, Cepat & ...