loading...

“Kenapa Perlu Dengki Dengan Saya?”

Nampaknya pertelingkahan diantara Ruhainies dengan Janna Nick semakin rumit. Terbaru Ruhainies meluahkan rasa terkilannya terhadap Janna yang cuba memanaskan lagi keadaan walaupun beliau sudah pun memaafkan pelakon itu selepas satu pesanan maaf dihantar beliau.

BACA: “Makin Lama Ruhainies Makin Mengarut”

“Beginilah, saya sangat berkecil hati dengan tindakan Janna itu. Sebab sebelum ini dia pernah menghantar pesanan kepada saya memohon maaf atas kesilapannya terdahulu. Dan saya sudah pun memaafkan dia sebab tidak perlu memanjang isu itu. Tetapi itu dulu, sekarang ini, nampaknya dia yang memanaskan keadaan semula”

“Saya terkejut dan tidak menyangka mengapa dia sanggup buat begitu. Kenapa dengki akan saya? Dia sudah meminta maaf atas kesilapan terdahulu dan cukup sampai di situ sahaja sepatutnya. Namun, nampaknya dia seperti masih tidak puas hati lagi dan kali ini cuma mengheret orang lain pula ,” katanya kepada Utusan Online.

Sementara itu, Ruhainies turut menjelaskan bahawa kontroversi berkenaan sedikit pun tidak menjejaskan kerjayanya didalam bidang seni walaupun beliau masih baru. Baginya, didalam industri ini semua harus bersaing secara sihat, tidak perlu ada hasad dengki. Malah katanya lagi, pusing-pusing jumpa juga kan. (rkty/w)

1- %22Kenapa Perlu Dengki Dengan Saya?%22 - jpeg 2- %22Kenapa Perlu Dengki Dengan Saya?%22 - jpeg 3- %22Kenapa Perlu Dengki Dengan Saya?%22 - jpeg 4- %22Kenapa Perlu Dengki Dengan Saya?%22 - jpeg 5- %22Kenapa Perlu Dengki Dengan Saya?%22 - jpeg 6- %22Kenapa Perlu Dengki Dengan Saya?%22 - jpeg
Previous
Next Post »
loading...