Oleh: Zulkifli Mat Rawi
KUCHING – Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Idris Bohari, 54 menyifatkan gabungan pembangkang di negeri itu sebagai rapuh.
Idris ketika ditemui pemberita menyifatkan sikap perkauman dan angkuh yang diamalkan DAP telah menyebabkan mereka saling bergaduh sesama sendiri.
Malah kegagalan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menyelesaikan konflik tersebut telah menyebabkan Naib Pengerusi PKR Sarawak, Boniface Willy Tumek mengumumkan keluar daripada parti itu.
“Tidak mungkin mana-mana parti komponen (pembangkang) di Sarawak boleh bergabung dengan DAP kerana sikap perkauman dan tidak mahu bermuafakat.
“Sejak dahulu lagi DAP bersikap ego yang tinggi ditambah dengan keangkuhan mereka yang tidak mahu berbincang
Menurut Idris disebabkan sibuk bergaduh dan saling berebut kerusi mereka akhirnya terlupa untuk meletakkan calon bertanding sehingga mengakibatkan calon Barisan Nasional menang tanpa bertanding.
“Akhirnya perebutan yang berlaku itu menyebabkan BN menang dua kerusi tanpa bertanding, mereka sudah tidak mampu kawal kerana sibuk bergaduh sehingga lupa perkara tersebut.
“Saya turut menyeru kawan-kawan yang masih berada dalam PKR untuk sama-sama memberi sokongan pada (BN), kita tak boleh buat satu kesilapan yang besar untuk masa depan anak dan cucu kita,” katanya lagi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media Isnin lalu mengumumkan BN menang tanpa bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Sari dan Bukit Kota. – SuaraTV

Sar Cari Budak Autisme Hilang Di Baling Disambung ...

Tak Ramai Tahu Nama Saya.. Lee Kwangsoo Kongsi ...

Sukses Capai Jualan Rm250 Juta Sebelum Raya, Kontr ...

Kantoi Kongsi Tips Elak Cukai Gst Di Media Sosia ...