loading...

Orang Sabah Tidak Puas Hati Dengan Liyana Jasmay?

Berikutan kenyataan Liyana Jasmay yang takut keluar bersendirian di Sabah kerana peminatnya yang terlalu fanatik beberapa hari lalu, nampaknya telah mengundang kemarahan orang Sabah yang menganggap kenyataan itu sebagai memperlekehkan mereka.

BACA: Liyana Jasmay: Nak Berlakon Tak Perlu Seksi

Screen Shot 2016-04-29 at 11.31.29 AM

Selepas kenyataan itu dibuat, rata-rata orang Sabah mula bengang dan mengecam pelakon itu di media sosialnya. Ramai yang menafikan dakwaan beliau yang mengatakan bahawa semasa disana beliau pernah diekori oleh individu yang tidak dikenali sehingga trauma untuk keluar bersendirian.

Memetik laporan My News Hub, terdahulu Liyana ada mendedahkan bahawa suaminya sering menjadi perhatian peminatnya di Sabah, sehinggakan setiap kali peminat bergambar dengan suaminya, beliau akan mendapat mesej dari peminatnya di sana.

Bukan itu sahaja, malah Liyana juga turut berkongsi pengalamannya yang menakutkan ketika melawat suaminya disana. Antaranya jika beliau ke Sabah, kebanyakan masa beliau hanya akan berada dirumah sahaja kerana terlalu takut untuk keluar bersendirian. (rkty/w)

1- Orang Sabah Tidak Puas Hati Dengan Liyana Jasmay? - jpeg 2- Orang Sabah Tidak Puas Hati Dengan Liyana Jasmay? - jpeg 3- Orang Sabah Tidak Puas Hati Dengan Liyana Jasmay? - jpeg 4- Orang Sabah Tidak Puas Hati Dengan Liyana Jasmay? - jpeg 7- Orang Sabah Tidak Puas Hati Dengan Liyana Jasmay? - jpeg 6- Orang Sabah Tidak Puas Hati Dengan Liyana Jasmay? - jpeg
Previous
Next Post »
loading...