loading...

Video: Adik Asyraff Mahu Jumpa, Cium Najib

KUCHING – Kanak-kanak yang menghidap sindrom allagile (penyakit hati), Addi Asyraaf berkata mahu mencium pipi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sekiranya berpeluang berjumpa dengan Perdana Menteri itu.

 

Ibu kepada kanak-kanak yang berusia 6 tahun itu ketika ditemui SuaraTV di rumahnya berkata, amat berharap untuk menunaikan impian anaknya.

 

 

“Esok nak jumpa siapa sayang? Nak jumpa Datuk Najib.

 

“Selepas dah jumpa Datuk Najib, nak buat apa? Nak cium,” katanya ketika ditanya ibunya petang tadi.

 

Menurut ibunya, Zurina Jamil 37, anak lelakinya itu sering meminta untuk berjumpa dengan Najib dan pernah beberapa kali merajuk apabila hasrat tersebut masih tidak kesampaian.

 

“Dah banyak dia meminta saya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri ,malah dia pernah merajuk, apabila saya berkata permintaannya itu bukan senang untuk ditunaikan.

 

“Paling membuatkan saya tersebut apabila melihat dia mengunakan telefon bimbit saya untuk mencium gambar Perdana Menteri di Facebook,” katanya lagi.

 

Najib dijangka akan meluangkan masa untuk berjumpa dengan adik Asyraf pada petang Ahad ini.

 

Zurina turut dilihat menitiskan air mata ketika menceritakan kembali detik cemas yang dilalui anaknya ketika menjalani pembedahan bagi merawat penyakit yang dihidapi itu. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...