KUCHING – Selepas meraih kejayaan mengekalkan kerusi N82 DUN Bukit Sari, Barisan Nasional (BN) mencatat satu lagi kemenangan tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN Sarawak) di kerusi N79 DUN Bukit Kota.
Calon BN, Dr. Haji Abdul Rahman Ismail diisytiharkan menang tanpa bertanding untuk berkenaan selepas pembangkang gagal mengemukakan calon mereka sehingga tamat proses penamaan calon sebentar tadi.
Pada PRN 2011 yang lalu, Abdul Rahman memenangi DUN Bukit Kota mengalahkan tiga pencabar dari DAP dan dua calon Bebas dengan majoriti 5,061 undi.
Dalam perkembangan berkaitan, calon DAP dan PKR dilaporkan bertembung sesama sendiri di DUN Batu Kitang.
Proses pengundian PRN Sarawak akan berlangsung pada 7 Mei ini. – SuaraTV