PETALING JAYA – Datuk Abdul Rahman Dahlan mencabar Lim Guan Eng untuk memfailkan saman terhadap beliau atas dakwaan memfitnah selepas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa dirinya sengaja tidak mahu meneruskan debat secara terbuka mengenai isu Taman Manggis.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata Lim mengeluarkan kenyataan seperti individu tidak bertamadun dan gagal memperlihatkan gaya seorang ketua menteri.
“Jika anda fikir apa yang saya dedahkan mengenai anda adalah pembohongan, saman sahaja saya kerana fitnah. Saya amat
Kenyataan tersebut dikeluarkan apabila Lim mendakwa Abdul Rahman gagal sebagai seorang menteri selepas debat secara terbuka itu dibatalkan.
Kedua-dua pemimpin itu dijadualkan berdebat secara terbuka mengenai isu Taman Manggis pada minggu lalu tetapi dibatalkan atas nasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.
Debat itu dibatalkan kerana ia didakwa menyebabkan prejudis terhadap siasatan yang sedang dilakukan. – mstar

#hiburan: Siap Ada Tudung Matching, Lelaki Korea ...

Cik Epal Minta Jofliam Pulangkan Jam Mewah Bernila ...

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas ...

7 Hari Sahaja, Rebut Laptop Terkini & Hadiah ...