Oleh: Syahril Abd Kadir
George Ang adalah anak kelahiran negeri Melaka yang datang ke Selangor pada tahun 1991 untuk menuntut di Sunway College.
Disebabkan yuran pengajian yang tinggi, dia bekerja part time (sambilan) menghantar Pizza Hut di sekitar PJ.
Selepas tamat matrikulasi, dia berjaya sambung pelajarannya ke Perth, Australia dan mendapat ijazah dalam bidang perakaunan dua tahun kemudian.
Disebabkan nak tampung kos, dia bekerja pula sebagai tukang basuh pinggan dan pelayan dekat restoran-restoran di sekitar bandar Perth.
Pada tahun 1998, ketika masih bekerja sebagai seorang pegawai bank, George dan seorang lagi rakannya membuka sebuah restoran ‘fish n chip’ The Fish Shop (franchise dari New Zeland) dengan modal hanya RM60,000.
Perniagaan mereka berjalan baik sehinggalah dua tahun kemudian syarikat franchaisor mereka di New Zealand menghadapi masalah kewangan.
” Kami kemudian ambil keputusan buka sebuah restoran yang mengambil konsep yang sama seperti The Fish Shop tetapi dengan branding kami sendiri. Kami pilih nama Manhattan Fish Market untuk menarik perhatian orang.
Ini kerana orang ingat ia sebuah restoran dari Amerika Syarikat dan mereka nak cuba rasa. Akhirnya bila sedap dan puas hati, mereka terus datang lagi. Ternyata strategi kami berjaya!,” katanya.
Tak cukup dengan itu, George dapat pula franchais untuk buka restoran Tony Roma’s dan Popeye’s kat Malaysia.
Dengan tiga buah jenama iaitu Manhattan Fish Market, Tony Roma’s dan Popeye’s, budak penghantar Pizza Hut itu kini dah bergelar antara jutawan makanan negara ini.
“I have worked as a cook, a kitchen hand, a waiter and even a dishwasher. Therefore, I am not ashamed even today, if you happen to visit one of the restaurants under my care, you may just be lucky enough to have me, the waiter, serving you!” – GEORGE ANG (kata-katanya ini dipetik dari
Nota:
* Penulis merupakan bekas wartawan kanan Biro Jenayah di Utusan Malaysia.
*Ini merupakan pendapat peribadi yang dipetik dari laman Facebook beliau dan ia tidak semestinya mewakili pandangan SuaraTV.